7 Tips Memilih Kontraktor Rumah Idaman Anda

Memiliki rumah idaman merupakan impian hampir setiap orang di dunia ini. Hartanah yang luas dan terletak di lokasi yang strategik, serta lengkap dengan kemudahan pelbagai yang diharapkan berkekalan hingga ke generasi-generasi akan datang.

Akan tetapi, setiap impian memerlukan langkah awal untuk sebelum ia menjadi realiti, dan antara langkah awal tersebut adalah dengan mendapatkan khidmat kontraktor rumah terlebih dahulu.

Kontraktor bina rumah merupakan pihak yang akan membangunkan rumah di mana-mana kawasan yang anda kehendaki. Maka, kita akan lihat beberapa tips dalam memilih kontraktor tersebut.

1. Semak Latar Belakang Kontraktor

Latar belakang kontraktor perlu diselidik dan disemak terlebih rumah. Anda perlu pastikan pihak yang membuat rumah anda merupakan kontraktor rumah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Ini penting untuk memastikan setiap urusan anda dengan kontraktor tersebut dilindungi dan dikawal oleh undang-undang sedia ada.

Selain itu, anda juga boleh bertanyakan kepada mana-mana pihak yang telah menggunakan perkhidmatan kontraktor berkenaan mengenai mutu dan kualiti kerja yang dipamerkan.

Anda juga boleh melakukan semakan lesen terhadap kontraktor tersebut di Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) untuk lihat sama ada dia masih layak untuk bertindak sebagai kontraktor pada masa tersebut.

Undang-undang berkenaan pendaftaran dan pelesenan ini berfungsi untuk memelihara pengguna daripada penyelewengan dan salah laku.

2. Ketahui Kaedah dan Terma Perjanjian yang Digunapakai

Sebelum anda boleh memilih mana-mana kontraktor, anda boleh hubungi mereka untuk fahami kaedah dan terma perjanjian yang kebiasaannya digunapakai.

Praktis mereka sepanjang karier mereka mungkin sesuai dengan anda, dan mungkin juga sebaliknya. Anda sewajarnya meletakkan terma apabila kontraktor gagal untuk menyempurnakan tugasnya dalam waktu yang ditetapkan.

Sekiranya kontraktor tidak bersetuju dengan terma seperti ini, maka anda disarankan untuk mencari kontraktor lain untuk mengurangkan risiko penipuan.

Minta sebut harga terlebih dahulu sebelum anda membuat sebarang deposit. Ini untuk memastikan kontraktor tersebut mengenakan kos yang sesuai dengan bajet anda, sekaligus menurunkan risiko ‘over-charging’ melebihi kemampuan anda oleh kontraktor.

Anda perlu tetapkan terma lain seperti tarikh dan bahan binaan yang digunakan, sesuai dengan kehendak anda. Dan yang paling penting, semua perjanjian ini perlu dalam keadaan bertulis.

3. Dapatkan Khidmat Pegawai Perundangan

Peguam hartanah adalah rakan dan penasihat anda untuk memastikan rumah idaman anda siap tanpa sebarang masalah.

Segala prosedur, peruntukan, hak dan tanggungjawab anda sebagai pembeli akan diterangkan oleh peguam tersebut. Selain itu, anda boleh harapkan khidmat mereka untuk bantu anda buat perjanjian dengan kontraktor, sesuai dengan keinginan anda.

Kebiasaannya, pembeli yang dibantu oleh peguam jarang menghadapi masalah sehinggalah bangunan tersebut siap dibina.

Peguam akan kebanyakan urusan anda berkait dengan prosedur dan kewangan, seperti berurusan dengan pejabat tanah dan juga pihak bank sekiranya anda membuat loan untuk membina rumah tersebut.

Anda sebagai pembeli hanya perlu mengikut nasihat peguam tanpa perlu bersusah payah memikirkan tindakan seterusnya yang perlu diambil ataupun terma yang perlu dimasukkan dalam perjanjian. Semuanya akan dibantu oleh peguam.

4. Dapatkan Khidmat Pakar Pembinaan

Golongan profesional seperti arkitek, jurutera dan quantity surveyor akan bantu anda dalam pembinaan rumah idaman anda, dan beri nasihat sewajarnya mengenai binaan tersebut dan kos-kos yang diperlukan.

Sebagai langkah berjaga-jaga, golongan ini dapat menyelamatkan anda daripada risiko penipuan oleh pihak kontraktor yang cuba mengenakan cas tambahan untuk binaan yang sudah cukup bahan dan keperluan lain.

Seeloknya, dapatkan khidmat dan nasihat pakar yang bukan di bawah satu syarikat dengan kontraktor tersebut, untuk pastikan nasihat yang keluar adalah saksama.

Maka pastikan anda mendapat nasihat daripada ramai pakar sebelum memulakan perjanjian dengan kontraktor.

5. Lihat Rekod Kontraktor

Anda boleh periksa rekod kontraktor dengan meminta daripada mereka rekod atau portfolio pembuatan rumah atau bangunan lain.

Dari sini, anda boleh lihat sama ada mutu kerja mereka berkualiti tinggi, menggunakan bahan yang berkualiti dan menyiapkan tugasan mereka dengan pantas atau dalam tempoh yang dijanjikan.

Sekiranya anda kurang mahir mengenai maklumat ini, anda boleh rujuk pakar pembinaan untuk ketahui sama ada projek lepas kontraktor tersebut adalah bagus atau sebaliknya.

6. Pastikan Kontraktor Beralamat Tetap dan Mudah Dihubungi

Isu pelanggaran kontrak kerap berlaku di mana sahaja di dunia ini.

Anda sebagai pembeli, perlu dapatkan alamat dan nombor telefon kontraktor supaya mereka mudah dihubungi dan dijejaki sekiranya berlaku apa-apa masalah berkenaan rumah anda.

Andai kata alamat mereka tidak sah, ataupun nombor telefon yang mereka beri sukar untuk dihubungi, maka anda mungkin perlu cari kontraktor lain supaya anda tidak menemui sebarang masalah dalam tempoh pembinaan rumah idaman anda.

7. Pastikan Kontraktor Mahir dalam Pembinaan Rumah Anda

Kebiasaannya, seorang kontraktor tidak mahir dalam semua jenis pembinaan.

Kerap sebahagian daripada pembinaan seperti berkenaan dengan saliran air atau pemasangan sirkit elektrik akan ditugaskan kepada orang lain yang lebih mahir.

Sekiranya kontraktor menawarkan untuk membuat semua itu, maka anda perlu berhati-hati kerana kemungkinan kualiti kerja tidak begitu memuaskan. Maka, carilah kontraktor lain untuk tugasan lain.

 

Kesimpulannya, terdapat pelbagai tips dalam memilih kontraktor rumah idaman anda. Anda boleh rujuk petua-petua di atas apabila anda sudah bersedia untuk memiliki rumah idaman anda.

Namun, meskipun tips tidak sahaja terhad kepada yang di atas, tetapi yang tertera di atas adalah petua umum untuk manfaat anda.

Untuk maklumat lanjut, menghubungi pakar kami.

2 thoughts on “7 Tips Memilih Kontraktor Rumah Idaman Anda”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Menus