Apa Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Memanggil Kontraktor Bina Rumah

home renovation on windows

Apa Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Memanggil Kontraktor Bina Rumah

Memiliki rumah sendiri adalah impian banyak orang.

Terutama sekali sekiranya anda sudah berkeluarga, tentulah anda mahu memiliki rumah sendiri untuk diturunkan kepada anak-anak satu hari nanti.

Sampai bila mahu menyewa?

Namun begitu terdapat beberapa perkara yang anda patut tahu sebelum memanggil kontraktor bina rumah untuk membina rumah idaman anda.

1. Pastikan geran tanah adalah dalam nama sendiri

Perkara pertama sekali anda perlu ambil perhatian adalah memastikan tanah tersebut adalah dalam nama anda sendiri.

Sekiranya tiada geran tanah, anda tidak dapat membuktikan yang tanah tersebut adalah milik anda.

Sekiranya tanah tersebut dimiliki oleh berbilang nama, anda mungkin mengalami masalah pada masa hadapan apabila nama-nama lain menuntut hak mereka ke atas tanah tersebut.

Tentulah, sekiranya anda tidak dapat membuktikan tanah tersebut adalah milik anda, anda tidak boleh membina rumah di atas tanah tersebut.

2. Periksa keluasan dan sempadan tanah

Mungkin anda tidak tahu, tetapi sebenarnya terdapat saiz minimum untuk membina rumah.

Secara ringkasnya, tanah tapak pembinaan rumah mestilah lebih daripada 450 meter persegi (saiz minimum berbeza dari negeri ke negeri, semak undang-undang bagi negeri berkenaan).

Selain keluasan tanah, anda juga perlu memeriksa sempadan tanah anda.

Mungkin datuk anda memberitahu secara lisan bahawa tanah anda mengunjur sehingga ke sebuah parit, tetapi bagaimana pula kalau dalam beberapa tahun anda tidak menjenguk tanah tersebut, parit tersebut telah hilang?

Sekiranya anda tidak pasti di mana sempadan tanah anda atau tidak tahu membaca geran, pertimbangkan mendapatkan khidmat juruukur bertauliah.

3. Periksa gazet dan sekatan tanah

Selain keluasan, anda juga perlu memeriksa gazet atau peruntukan tanah tersebut.

Sekiranya tanah tersebut digazetkan sebagai tanah perindustrian, tentulah anda tidak boleh membina rumah di atas tanah tersebut.

Selain itu geran tanah juga terkandung dua syarat-syarat penting, iaitu ‘syarat-syarat nyata’ dan ‘syarat-syarat kepentingan’ yang perlu diambil kira ketika membuat rumah.

Tetapi ada juga perkara-perkara penting lain yang perlu diambil perhatian seperti jenis hakmilik, jenis geran dan jenis pegangan.

4. Periksa infrastruktur tanah

Pastikan lot tanah anda sudah sedia dengan infrastruktur-infrastruktur asas seperti jalan masuk, bekalan elektrik dan air, sistem perparitan dan lain-lain.

Tanpa infrastruktur-infrastruktur asas ini, dikhuatiri rumah anda tidak akan mendapat sijil CCC.

Apakah CCC?

Ia adalah sijil yang menggantikan CFO (Certificate of Fitness For Occupation atau lebih dikenali sebagai CF).

Peranannya sama sahaja, iaitu memastikan rumah yang kontraktor bina rumah anda dirikan sesuai untuk didiami.

5. Periksa lesen kontraktor bina rumah

Selepas anda memastikan tanah anda sesuai untuk pembinaan, sampailah masanya mencari kontraktor yang sesuai.

Pastikan kontraktor yang anda sedang pertimbangkan adalah kontraktor rumah berdaftar.

Sekiranya mereka tidak berdaftar dengan CIDB, tolak terus kerana mereka tidak boleh membina rumah anda.

6. Pastikan kontraktor mempunyai pejabat urusan

Setiap kontraktor pembinaan tentunya mempunyai pejabat mereka sendiri, bagi membolehkan urusan yang licin.

Pastikan kontraktor anda mempunyai pejabat urusan supaya mereka dapat dihubungi sekiranya berlaku sebarang masalah.

Anda juga mungkin mahu memeriksa berapa lama kontraktor rumah berdaftar tersebut telah menggunakan pejabat tersebut.

Sekiranya kontraktor tersebut kerap bertukar alamat, mungkin ada sesuatu yang tidak kena dengan mereka.

7. Periksa pengalaman dan kakitangan kontraktor

Selain pejabat, anda juga boleh memeriksa pengalaman dan kemahiran pekerja kontraktor tersebut dalam pembinaan rumah.

Sebagai contoh, anda boleh meminta kontraktor tersebut menunjukkan rumah yang mereka telah bina sama ada yang telah siap atau sedang dibuat.

Walaupun anda tidak dapat pergi sendiri ke rumah tersebut, mereka tentunya telah menangkap gambar untuk dijadikan sebahagian daripada portfolio mereka.

Anda juga perlu memastikan yang kontraktor bina rumah tersebut memiliki cukup pekerja untuk membina rumah anda.

Tentulah anda tidak mahu menunggu setahun dua untuk rumah idaman anda siap hanya disebabkan kontraktor tersebut tidak memiliki cukup pekerja atau terpaksa mengupah pekerja binaan tidak berkemahiran untuk membuat rumah anda.

8. Sediakan pelan pembinaan

Tanpa pelan yang teliti, rumah yang anda dapat mungkin tidak menyamai apa yang anda bayangkan.

Selain itu, pelan yang sambil lewa boleh menyebabkan kekeliruan dan mungkin menyebabkan kontraktor bina rumah meminta bayaran lebih atau memotong kos apabila mendapati kos pembinaan sebenar melebihi kos jangkaan.

Pelan rumah yang lengkap dan mematuhi undang-undang pihak berkuasa tempatan dan Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984 akan membolehkan anda mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan dan dengan itu melayakkan anda memohon pinjaman bank untuk membina rumah anda.

Tetapi sekiranya anda tiada kemahiran membuat lukisan pelan rumah sendiri, anda juga boleh mendapatkan khidmat perunding arkitek dan jurutera ukur yang juga akan memantau aktiviti kontraktor bagi memastikan rumah anda dibina mengikut spesifikasi pelan dan undang-undang.

9. Pastikan jaminan dan perjanjian daripada kontraktor

Sebelum memulakan pembinaan dan sebelum wang deposit bertukar tangan, pastikan anda menandatangi persetujuan dengan kontraktor rumah berdaftar anda.

Ini bagi memastikan tiada unsur penipuan atau perlanggaran undang-undang dalam pembinaan rumah anda.

Pastikan tertulis dengan jelas apa yang dianggap perlanggaran kontrak dan apa yang patut dilakukan sekiranya terdapat perlanggaran kontrak.

Selain itu, kontrak tersebut juga patut terkandung jaminan daripada kontraktor selama sekurang-kurangnya 6 bulan selepas pembinaan siap sekiranya terdapat masalah atau kesilapan dalam pembinaan.

Kesimpulannya

Membina rumah idaman anda sendiri bukanlah semudah yang disangka.

Namun begitu, ia juga tidak perlu dirumit-rumitkan.

Ambil perhatian perkara-perkara di atas dan anda boleh memulakan pembinaan rumah baru anda dengan kontraktor rumah berdaftar yang cekap dan diperakui tanpa kerisauan.

Hubungi kami untuk maklumat lanjut.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Menus