Kontraktor Tidak Tunai Janji : Apa Nak Buat?

Kontraktor anda menghilang atau tidak tunaikan janji? Bagi janji manis, tapi hasil hampeh?

Jika kontraktor tidak menunaikan janji, perkara yang kita boleh lakukan?

Berikan notis:

Anda perlu memberikan notis kepada kontraktor untuk melakukan pembaikan dalam masa beberapa hari. Jangan sesekali berhentikan kontraktor sehingga notis tamat.

Panggil arkitek bertauliah:

Ia bagi tujuan kerja-kerja penilaian kerosakan dan peratusan projek siap dapat dinilai oleh arkitek yang bertauliah. Ramai orang yang buat ubah suai tak buat perkara ini walaupun ia sangat penting.

Cari peguam:

Setelah anda sudah melakukan perkara satu dan dua. Anda perlu mencari peguam bagi memulakan tindakkan kerana anda sudah mempunyai dokumen yang lengkap untuk menjadi bukti bagi membawa kes ini ke muka pengadilan.

Hentikan khidmat kontraktor:

Apabila kesemua perkara di atas telah anda lakukan. Anda boleh berbincang bersama peguam anda tentang apa langkah yang patut diambil. Untuk memberhentikan khidmat kontraktor, anda perlu melalui notis peguam.

Ketahui lebih lanjut tentang perkhidmatan reka bentuk dalaman di www.renorumah.com hari ini, supaya kami boleh mula merancang design rumah idaman anda.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Menus