6 Sebab Mengapa Interior Design Penting Di Sebuah Rumah

modern interior design

6 Sebab Mengapa Interior Design Penting Di Sebuah Rumah

Sesibuk mana pun kita di luar, seseronok mana pun kita di tempat orang, rumah sendiri pastinya merupakan mahligai berteduh yang paling nyaman dan selesa sekali untuk berehat bahkan boleh melebihi sebuah istana sekiranya anda pandai mengayakannya.

Apabila disebut rumah idaman, ia bukanlah diukur dari segi mahal atau canggihnya tetapi dari segi hiasan dalaman dan konsep yang dipamerkan di segenap sudut ruang.

Jadi mengapa interior design rumah sangat penting bagi anda?

Mari kita bincangkan satu persatu dengan lebih terperinci di dalam artikel ini.

1. Mewujudkan Design Rumah Impian

Jika ingin memiliki rumah impian, tentunya anda perlu berkolaborasi dengan kontraktor rumah berdaftar dan perunding hiasan dalaman yang sangat arifdalam membawa idea-idea segar untuk ditafsirkan ke dalam rekaan dalaman sesebuah rumah.

Sebelum itu, apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan rumah impian? Rumah impian membawa erti yang berbeza-beza bagi setiap orang. Namun yang pastinya, rumah impian adalah “syurga dunia” yang menjadi tempat untuk berehat dan menenangkan fikiran.

Dalam mewujudkan design rumah impian, tiada yang salah dan tiada yang betul kerana semuanya berbalik kepada citarasa masing-masing.

Memiliki rumah sendiri, dan mewujudkan rumah impian sesuai dengan apa yang anda inginkan adalah satu dari seribu cita-cita yang anda impikan untuk menjadi realiti.

Jika anda tanya mengapa ada orang sanggup menghabiskan belasan ribu ringgit untuk menghias rumah. Kunci jawapannya cuma dua iaitu kepuasan dan kemahuan.

2. Sentiasa Up-to-Date dengan Trend Terkini

Hiasan dalaman rumah sama juga berada di bawah kelompok fesyen yang seperti anda tahu bidang fesyen ini memang sering berubah-ubah mengikut trend dan populariti terkini.

Antara contoh hiasan dalaman rumah yang up-to-date adalah konsep minimalis (konsep yang ringkas dan tersusun serta tidak memerlukan perabot dan perincian yang banyak), konsep moden (konsep yang mengutamakan gaya hidup mewah dan urban), konsep industri (konsep dengan suasana retro dan dinding batu-batuan), konsep Scandinavian (konsep gabungan perabot kayu dengan dekorasi warna-warna pastel), konsep klasik (konsep dengan ciri-ciri rumah Inggeris klasik dengan gabungan warna putih, hitam, dan kelabu).

3. Memaksimumkan Fungsi Suatu Ruang

Ramai yang memiliki rumah yang luas, besar, dan cantik tetapi tidak dapat menikmati ruangan yang ada sepenuhnya.

Ramai juga yang memiliki rumah yang kecil, tiada banyak bilik, dan sudut tetapi mampu menggunakan ruangan yang ada sepenuhnya tanpa mengeluh.

Mengapa dua situasi ini berlaku? Jawapannya adalah kebijakkan anda dalam menghias rumah.

Kecil atau besar sesuatu ruang itu bukanlah isu yang perlu dipertikaikan tetapi bagaimana anda menyusun atur, meletakkan aksesori, memilih perabot dan warna cat yang sesuai, itulah yang menambah fungsi sesebuah ruang tersebut bekerja.

Apa yang takjub sangat jika seseorang itu pandai hias rumah?

Bila anda pergi rumah orang lain lalu anda terkesima dengan setiap sudut di dalam rumahnya lalu anda lihat pada realiti yang sebenarnya dia hanya tinggal di dalam rumah teres yang kecil berbanding anda tinggal dalam rumah dua tingkat, itulah salah satu di antara ilmu menghias rumah mikro yang diperkenalkan oleh masyarakat Jepun.

4. Mewujudkan Suasana Rumah yang Kondusif

Ruang tamu, bilik tidur, ruang makan, bilik air, tandas, bilik stor, bilik solat, bilik pejabat, bilik gym, balkoni, dan dapur semuanya adalah pecahan-pecahan ruangan yang ada di dalam sebuah rumah.

Sudah menjadi tanggungjawab anda untuk memastikan suasana di setiap ruangan tersebut kondusif untuk digunakan lebih-lebih lagi pada hari ini kebanyakkan ahli keluarga banyak menghabiskan masa di rumah untuk bekerja dan belajar secara atas talian.

Rumah selain menjadi tempat untuk berteduh ia juga memberikan kesan yang mendalam dari segi sosiologi, psikologi, dan mental penghuninya terutamanya kepada anak-anak anda.

Oleh itu memiliki suasana rumah yang kondusif memang sangat penting untuk kehidupan yang lebih proaktif.

5. Sumber Ilham dan Inspirasi

Mengapa di sesebuah rumah ada sebuah sudut yang sangat sentimental atau menjadi daya penguat kepada setiap penghuninya?

Setiap rumah pastinya mempunyai ruangan tertentu yang memberikan ilham dan inspirasi apabila duduk di situ.

Contohnya, ruang tamu adalah ruang yang paling sesuai untuk merapatkan hubungan antara ahli keluarga kerana di situ selalunya semua orang akan berkumpul dan melakukan aktiviti bersama-sama seperti menonton televisyen, bergurau-senda atau sebagainya.

Ada seorang penulis, menjadikan sudut balkoninya sebagai tempat untuk mencari ilham semasa menulis di waktu malam.

Jika dia menulis di balkoni pada waktu malam, ideanya datang mencurah-curah dan produktiviti kerjanya juga meningkat berbanding jika dia duduk di sudut-sudut lain seperti bilik tidur atau ruang tamu.

Itulah yang dimaksudkan dengan sesebuah ruang di dalam rumah boleh menjadi sumber ilham dan inspirasi kepada penghuninya.

6. Mengasah Kreativiti Seni dan Kehidupan

Kreativiti itu sesuatu yang abstrak dan sukar untuk ditafsirkan lebih-lebih lagi jika anda memang hidup dalam cabang seni halus ini. Ketika anda menghias rumah, anda menghias bukan berdasarkan apa yang orang mahukan tetapi sebaliknya apa yang anda mahukan.

Sedar atau tidak hiasan anda itu membawa perincian yang dipengaruhi oleh latar belakang, hobi, dan minat anda sendiri. Jadi wajar jika apa yang anda hias itu mempamerkan keunikan yang tersendiri kerana itu adalah air tangan seni anda.

Orang lain mungkin boleh meniru-niru apa yang anda buat, tetapi sudah tentu hasilnya tidak akan sama seperti mana yang anda ada. Selain kreativiti seni, ada lagi satu kreativiti yang boleh anda dapatkan daripada menghias rumah iaitu kreativiti dalam kehidupan.

Bermula dari saat anda bercadang mahu menghias rumah sehinggalah pada hasil yang terakhir nanti, anda sebenarnya memerlukan perancangan yang cukup rapi bagi memastikan apa yang diinginkan tercapai sesuai seperti yang diharapkan.

Ia termasuk dari segi kewangan, cadangan, idea, membuat keputusan, dan mencari solusi sekiranya berlaku apa-apa masalah sepangang proses menghias itu berlaku. Kesemuanya itu juga memerlukan kreativiti dan pengalaman anda sendiri untuk mengawalnya.

“Rumahku Syurgaku”. Setiap dari anda pasti mengimpikan sebuah mahligai yang indah untuk menikmati hari-hari bersama orang yang tersayang.

Diharapkan artikel ini dapat memberikan anda buah fikiran yang terbaik untuk mencipta keunikan yang tersendiri di kediaman anda.

Untuk maklumat lanjut, hubungi kami.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Menus